BIODATA KAMARI BIN KASAN

 

 

 

  [Top2_1.jpg]

 

 

<< Kembali

 

KUPASAN CERAMAH

Y.B. USTAZ UTHMAN EL-MUHAMMADY

 

 

Disediakan oleh: Kamari Kasan (Moderator Majlis Ilmu)

 

Majlis Ilmu bersama: Ustaz Uthman El-Muhammady, (Tokoh Maal Hijrah).

 

Tajuk: Melahirkan Profesionalisme menurut Acuan Islam.

 

Tempat: Cruise Tasik Putrajaya.

 

Tarikh: 26 Jun 2008.

 

 

 

[untitled2.JPG]

 

 

Intipati    

 

Melahirkan muslim yang Professional

 

 

 

Rujukan Pantas 

 

Surah Al-Fatehah.

Surah Al-Baqarah.

 

 

 

Brand Watak (Trait) Umum

 

Insan ADAMIYYAH.

Bukan manusia MAWAS (jelmaan Sains Barat dalam Darwinisme)

 

 

 

Kriteria Insan ADAMIYYAH.

 

Memiliki kecerdasan Ubudiyyah (contempletive intelligence).

Menguasai kecerdasan rasional (rational intelligence)

Mereka merindui yang abadi

Mereka sentiasa mengamankan alam

Mereka menumpahkan segala usaha dan tindakannya untuk dan kerana atas apa yang disuruh oleh Allah dan meinggalkan apa yang dilarang oleh Allah (tauhid Ulluhiyyah)

 

 

 

Manusia MAWAS.

 

Hidup seumpama anjing (binatang) yang senentiasa rakus merebut dan hidup seumpama warga rimba (law of the jungle) : yang terkuat sahaja yang akan berhak hidup.

Berperibadi Bangkai dan berintelligencekan kehendak sebagai matlamat (nafsu)

Mereka menciptakan pelbagai kerusakan dan kesengsaraan hidup kepada manusia dan jagat raya.

Mereka melawan nature (fitrah) dan menamatkan kehidupan sebagai suatu yang sementara dan atas kesementaraan itulah fenomena rebut dan rajus itu terjelma.

 

 

 

Seni Pembinaan Diri menurut ibnu-khaldum

 

Paksa Diri : Paksa untuk mengelak dari kemungkaran

Pantas Diri : Pantas dalam bertindak kepada yang elok, baik dan selamat.

Hisab Diri : selalu menyemak dan menilai pencapaian prestasi diri.

Hukum Diri : senantiasa terbuka mengkritik dan memperbetulkan segala kesilapan diri

 

 

 

Tambahan Dr. Uthman El-Muhammady:

 

Azam dan Usaha:

Cela Diri dan jangan mati sebagai orang tercela

Ulang-ulang semua ciri diatas

Sering mencatit dalam diari atau buku rekod amalan harian

Paksa diri berwirid

 

Nota:

Rasulullah sentiasa berwirid khususnya bertaubat kehadrat Allah swt dengan tidak kurang 100x wirid setiap hari kerana memikirkan kecapaiannya pada tahap yang lebih baik hari ini menyedarkannya tentang betapa buruknya dan silapnya pada hari yang semalam dan justeru itu baginda memanjatkan keampunan atas segala kesilapannya itu kehadrat Allah swt.

 

Inilah peribadi seorang manusia hebat yang telah dijaminkan syurga keatas dirinya tetapi masih terus memperbaiki diri dan memohon harap agar dirinya terus berada kepada kemuliaan yang lebih mulia dan semulia-mulia kejadian.

 

 

 

Proses mencapai status Insan Adamiyyah 

 

Menurut Ibnu Khaldum terdapat 3 susunan tahap dalam mencapai keperibadian diri yang terbaik iaitu peribadi MALAQAT (peribadi yang senantiasa ’consistence’ (istiqamah) dan mencapai tahap kepakaran serta kemahiran yang unik selaras dengan landasan at-tauhid (Ulluhiyyah dan Rubbubiyyah) dalam konteks dan prinsip insan adamiyyah yang sentesiasa mengabdi kepada Allah (merealitikan prinsip ’contemplative intelligence dan rational intelligence dalam kehidupan sehariannya); iaitu;

 

Knowing (tahu) : Memahami dan mengerti tentang sesuatu secara prosesnya

Being (usaha) : memiliki kemahiran dalam menukarkan apa yang diketahui menjadi amalan dan tindakan

Acting (buat semua/sepadu) : buat secara sempurna dan secara bijaksana sehingga menjadi impak dan perubahan kepada ummah serta peradaban dunia.

 

Ketiga-tiga gagasan tindakannya insan professional itu berlaku secara berkesan, halus dan mampu merubah zaman serta peradaban dari kerusakan menjadi kebaikan dan kesentosaan secara tanpa disedari sesiapa dan tanpa musuh menyedarinya dan begitu lunak perjalannnya serta kebijaksanaannya seumpama laksana ikan yang sedang berenang di air atau burung yang sedang terbang di udara. Inilah gagasan natijah dari apa yang dinyatakan sebagai PROFESSIONAL.

 

Inilah yang disebutkan oleh Dr Uthman El-Muhammady sebagai peribadi MALAQAT.

 

 

 

 

 

Sertai blog Kamarika di:

 

 

 

 

 

 

email kepada kami di ag_kamari@yahoo.com

Powered by Unit ICT Kamarika.   Paparan terbaik -Internet Explorer